Dini`s Serendipity
HOME ABOUT STUFF ARTWORK FOLLOW DASHBOARD

19 | CE | UMPahang.
Beautiful things need some time and patience to achieve it.

Status Updated
Allah`s plan is better than us




© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Big Helped from o o o o o. Full edit templete by Nurhuda Dini
Best View at GOOGLE CHROME!
Ujian
Saturday 6 February 2016 | 0 inspirit [s]


"Sayangnya Allah pada kita apabila dia menurunkan ujian kepada kita tanpa diduga"


          manusia tidak akan pernah lari daripada ujian mahupun dugaan dalam kehidupan. kekadang Allah timpakan kita sesuatu ujian hanya kerana Dia rindu akan sujud dan doa kita kepadanya. tanda Allah sayang akan hambaNya adalah dengan diberikan hambaNya ujian demi ujian sehingga kita sendiri berharap lebih kepadaNya berbanding kepada manusia. kadang kala kita ni cuma manusia biasa yang tak lari daripada sifat lalai dan leka dengan duniawi yang penuh sandiwara. 

          walaupun kita lalai , leka dan kekadang terlupa perintah Allah tetapi Allah tidak pernah lupa memberi rezeki kepada kita saban hari dan apabila kita terima satu dugaan kecil , kita dah mula salahkan semua orang disekeliling kita , mula marahkan diri sendiri , mengeluh . cuma direnung kembali setiap dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada kita, semuanya ada hikmah disebaliknya dan Allah sendiri tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tak mampu kita hadapi . 

        Ujian itu mendekatkan kita kepada Maha Pencipta dan juga mengajar kita erit kesabaran , kecekalan dan kekuatan kita dalam menempuh ujian yang Allah berikan. semoga kita lebih matang dan lebih berfikiran positif serta lebih mendekatkan diri kepada Allah in shaa allah .