Dini`s Serendipity
HOME ABOUT STUFF ARTWORK FOLLOW DASHBOARD



© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Big Helped from o o o o o. Full edit templete by Nurhuda Dini
Best View at GOOGLE CHROME!
Mr and Mrs J
Friday 29 January 2016 | 0 inspirit [s]



sekeping hati yang ingin bercinta tetapi tidak kesampaian dek kerana asyik terluka


          Kekadang hati kita berkata bahawa dialah yang paling tepat dan paling sesuai untuk dijadikan pasangan hidup tapi kita ini siapalah nak melawan takdir kalau Allah sendiri sudah tetapkan jodoh kita. Orang kata walaupun ketika ini kita tidak bersama mungkin akan datang kita akan bersama. Ada orang kata tak semestinya orang yang kita berhubung sekarang adalah jodoh kita dan tidak semestinya orang yang kita sayang itu akan sayang kita balik. Jodoh itu apabila sudah sampai masanya dia akan datang dengan sendirinya apabila kedua-duanya sudah bersedia untuk melalui kehidupan bersama.

          Soalnya sekarang dalam proses nak mencari jodoh, kita sering dan selalu dikecewakan oleh orang yang kita sayang dan ada sampai satu tahap kita rasa macam nak give up , rasa macam taknak bercinta dah tapi apakah daya bila Allah sendiri yang hadirkan perasaan cinta, sayang dan kasih dalam hati seseorang. Allah , Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dia tidak akan menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa bersebab. Kekadang Allah hadirkan sesorang itu sebagai ujian ataupun sebagai pengajaran untuk kita supaya kita berubah menjadi lebih baik. Jangan disalahkan takdir jika kita tidak bersama dia tetapi bersyukurlah kerana akan ada yang lebih baik daripada dia yang sudah Allah tentukan.

          Jodoh itu adalah cerminan diri kita. Baik seseorang itu maka baiklah pasangannya dan juga sebaliknya. Jika kita hendak mendapat jodoh yang baik maka ubahlah kehidupan dan diri kita menjadi orang yang lebih baik kerana tidak mustahil Allah mampu memberikan yang terbaik untuk kita. Kekadang manusia lupa yang tidak semua kita kena bergantung kepada manusia dan tidak semua kita perlu serahkan kepada manusia tetapi hidup kita bergantung sepenuhnya kepada Allah.  Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan dan memakbulkan segalanya . jadi , janganlah kita berhenti berdoa dan buatlah yang terbaik untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan kita.



          Jodoh itu tidak perlu dicari kerana dia akan datang sendiri tetapi ilmu perlu dicari kerana dia tidak akan datang dengan sendirinya. So , fokus belajar dan cari peluang untuk belajar selagi kita mampu dan jangan berhenti belajar sehingga kita tua kerana belajar itu separuh daripada jihad. Cakap pasal belajar pula , kekadang kita ni student biasa yang tak terlepas daripada macam-macam godaan terutamanya godaan hawa nafsu dan perasaan.

          Ketika sibuk khusyuk belajar kekadang ada perasaan ingin bercinta datang bersapa di hati. Perasaan ingin dicintai , ingin disayangi dan ingin dimiliki kekadang menyapa. Tengok kawan sana sini sudah berpunya tapi kita ini tidak ada seorang pun yang mahu. Itu benda biasa sebab kekadang kita sendiri tidak mampu nak melawan fitrah manusia yang Allah jadikan ingin berpasang-pasangan tetapi pandailah membahagikan masa antara belajar dan bercinta . pelajar sekarang banyak alpa dan khayal dalam bercinta menyebabkan dia sendiri terkontang-kanting dalam pelajaran. So, kita kena kuat dan tabah dalam belajar ni sebenarnya sebab kejayaan takkan datang bergolek-golek tanpa  usaha keras .

          Kesimpulannya , belajarlah dahulu and achieve what you want to be. Bila dah dapat tawaran sambung belajar tu manfaatkan sepenuhnya sebab bukan semua yang bertuah dapat sambung belajar so dari situ kita belajar erti bersyukur dan menghargai setiap peluang yang ada. Then , find ur own work , house , car , ur own money and then barulah cari pasangan yang sesuai untuk diri sendiri bila korang sendiri dah bersedia nak menempuh alam rumah tangga. Kalau rasa diri sendiri tu still tak bersedia tangguhkan dulu dan janganlah mainkan perasaan dia if tak yakin mahu hidup bersama dengan dia. You will get what you deserved.