Dini`s Serendipity
HOME ABOUT STUFF ARTWORK FOLLOW DASHBOARD



© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Big Helped from o o o o o. Full edit templete by Nurhuda Dini
Best View at GOOGLE CHROME!
Izzue nak kahwin !!!
Sunday 2 June 2013 | 0 inspirit [s]




siapa tak kenal izzue islam .. alaaa yang hero dalam drama saya sebenarnya isteri dia yang tengah hangat lagi meletup dekat TV3 dan dia juga ahli kumpulan forteen . Sebelum kita tengok drama SSID pendek katanya orang tak kenal pun izzue islam nie siapa sebab kawan orang asyik cerita pasal dia je . dia hensemlah comellah tulah nielah . hahaha malas nak layan so bila tengok cerita SSID nie orang baru tahu yang owhhhhh itu izzue islam rupanya . dalam hati not bad kawan orang punya taste nie .

okey talking pasal title orang mesti rata-rata dah tahu izzue islam nie nak kahwin  . huwaaaa sila melalak meraung menangis ye kepada sesiapa yang minat izzue nie . yang orang tahu dia kahwin dengan manager dia awin nurin nama yang diberi kepada calon isterinya . kawan orang kata izzue muda lagi tapi apa boleh buat jodoh dah datang awal so kawan orang pun pasrah jelah . Rupa-rupanya sudah 5 tahun mereka berdua menyulam cinta. Kata Izzue Islam:-

 Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.

gambar kahwin izzue islam

 Itulah namanya kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Selama 5 tahun berkenalan dan bercinta, orang yakin Izzue Islam sudah yakin 100% bahawa Awin Nurin lah wanita pilihannya. Kata Izzue Islam lagi:-

 Dia adalah diri dia. Dia tegas dalam bekerja. Dia pengurus Izzue, jadi kalau lambat bangun ke apa ke memang kena. Dia ada pendirian, seorang yang berdisiplin, peramah, sopan. Dia…macam-macamlah. Pahit, manis, pedas, masam, masin, kenyang, lapar, susah, senang, jatuh, bangun…semua kami sudah rasa. Dia yang selalu beri Izzue semangat selain daripada ibu bapa dan kawan-kawan Izzue. Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.